Keahlian

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-64

bakal diadakan di De Moccis Boutique Hotel, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur pada 26 April 2026 (Ahad) pukul 11.00 pagi.

Semua ahli PDR dijemput hadir ke majlis ini kerana sejurus selepas mesyuarat berkenaan, satu jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri akan diadakan (walau pun Syawal sudah habis...)

Diharap ahli PDR sekalian dapat mengesahkan kehadiran melalui mesej WhatsApp yang telah dihantar sebelum ini. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang mesej WhatsApp mengenai majlis ini, sila kemasikini maklumat anda di pautan ini.

Para ahli juga dipelawa untuk membuat pencalonan mana-mana ahli atau pun diri sendiri untuk pemilihan Jawatankuasa Baharu Sessi 2026-2029. Pencalonan boleh dibuat melalui BORANG PENCALONAN JAWATANKUASA. Tarikh tutup pencalonan adalah pada atau sebelum 17 April 2026, pukul 11.59 malam.

Sekiranya ada sebarang usul yang hendak diangkat ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ini, sila email usul anda ke admin@darulridzuan.org.my pada atau sebelum 17 April 2026, pukul 11.59 malam.